ZFX review
7.9

Ulasan Broker ZFX 2024 – Adakah Ia Sah atau Penipuan?

Add your review
7.9/10 (Skor Pakar)
Produk dinilai sebagai #1
Kebolehpercayaan
9
Yuran
8.5
Peralatan dan Platform
7.1
Sokongan Pelanggan
8.5
Instrumen Boleh Didagangkan
8
Terma dan Jenis Akaun
6.6
Deposit dan Pengeluaran
6.1
Penyelidikan dan Pendidikan
9.5

Rumusan ZFX


Ulasan Broker ZFX 2024 – Adakah Ia Sah atau Penipuan?

ZFX (sebahagian daripada kumpulan Zeal) diasaskan pada tahun 2016 oleh trader veteran yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Berdasarkan misi dan visi, mereka merancang untuk membangunkan sebuah platform yang akan memudahkan akses kepada pelaburan oleh pedagang runcit dan pelabur institusi.

Kumpulan Zeal terdiri daripada syarikat teknologi kewangan (fintech) yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian kecairan berbilang aset serta institusi kewangan yang berdagang secara global. ZFX ialah broker NDD, STP dan ECN: bukti tahap keselamatan mereka dan antara yang diberi perhatian dalam artikel ini. Ibu pejabat ZFX berada di London dan mempunyai rangkaian pejabat di seluruh dunia. Antaranya:

  • Ho Chi Minh City
  • Jakarta
  • Abu Dhabi
  • Taipei
  • Bangkok

Penggunaan Model Agensi Neutral Pasaran dalam membantu mencari harga terbaik membolehkan pelanggan ZFX berdagang Forex, Indeks, Saham dan Komoditi dalam bentuk CFD. Bagi forex, ZFX menawarkan lebih daripada 33 pasangan mata wang dan tidak mengenakan komisen dengan spread yang rendah. Dalam pada itu, pelanggan juga dapat berdagang komoditi, indeks dan saham paling popular seperti Emas, Perak, NAS100, HK50, US30, TESLA dan AMZN serta banyak lagi.

ZFX mempunyai platform dagangan yang dikenali ramai trader sebagai standard industri (MetaTrader 4), yang tersedia pada Windows, Mac dan Android. Mereka juga mempunyai aplikasi perdagangan mudah alih sendiri yang tersedia pada iOS dan Android, dengan ciri yang luar biasa seperti perdagangan satu klik dan pandangan pasaran (perkara ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini).

Mari kita lihat broker ZFX secara terperinci dan mengapa anda mungkin akan menjadikannya broker pilihan tidak kira anda seorang peniaga pemula atau pelabur runcit veteran.

Ciri-ciri Broker Rumusan
Jenis Broker Broker NDD, STP, ECN, CFD
Pengawal Selia & Pelesenan Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA), Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA)
Negara Yang Membenarkan Perdagangan 75 Negara
Aset yang Ditawarkan 100+ Aset, termasuk Komoditi, Forex, Saham dan Indeks.
Platform Yang Tersedia  MT4 (Windows, Mac, & Android), Aplikasi Dagangan Mudah Alih
Ketersediaan Mudah Alih MT4 tersedia pada Android, Aplikasi Dagangan Mudah Alih ZFX tersedia pada iOS dan Android
Pilihan Pembayaran & Pengeluaran

 

Neteller, Skrill, Perfect Money, Pindahan Bank Antarabangsa, Pindahan Bank Tempatan, Kad Kredit/Debit (Visa/Mastercard)

Facts About ZFX
  • ZFX sebahagian daripada kumpulan Zeal, diasaskan pada tahun 2016
  • Dikawal selia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA)
  • Dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA)
  • Pelanggan dijangka dari 75 negara
  • Lebih 100 aset ditawarkan termasuk forex, komoditi, saham, mata wang kripto dan indeks
  • Broker NDD, STP dan ECN

Adakah ZFX Selamat? Pengawalseliaan Broker


Broker itu selamat atau tidak? Itu antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh pedagang pemula dan pedagang runcit profesional sebelum melakukan sebarang urusan bersama broker.

ZFX yang menjadi sebahagian daripada Kumpulan Zeal dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) menerusi Zeal Capital Market Ltd., di Seychelles, dengan nombor lesen;

  • SD027

Manakala, Zeal Capital Market Ltd., di U.K., dikawal selia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FSA) dengan nombor pendaftaran;

  • 768541

Sebagai broker No Dealing Desk (NDD), ZFX menghubungkan pelanggannya dengan bank, pasaran antara bank, serta penyedia kecairan. ZFX seterusnya membahagikan NDD kepada akaun Straight Through Passing (STP) dan Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN). Ini bergantung kepada keperluan pelanggan.

Pada dasarnya, broker NDD seperti ZFX biasanya dianggap lebih telus daripada broker Dealing Desk dari segi transaksi. Selain urus niaga yang telus disebabkan STP dan ECN, identiti pedagang tidak akan didedahkan, dengan pesanan dilaksanakan serta-merta dan tanpa nama.

Dalam pada itu, ZFX juga memenangi pelbagai anugerah seperti;

  • Platform Dagangan FinTech Terbaik 2019

Berdasarkan spesifikasi, kelayakan dan anugerah yang dimiliki ZFX, broker ini boleh dinilai sebagai broker yang bereputasi tinggi serta selamat. Malah, kelebihannya ditambah dengan ulasan terbaik daripada kebanyakan pelanggannya.

Anda boleh mendapatkan maklumat tentang cara ZFX melindungi pelanggannya di halaman Soalan Lazim. Dalam halaman ini, ia menggariskan dan memperincikan perkara yang perlu diketahui oleh semua bakal pelanggan (trader) dari segi cara dana dan pelaburan mereka disimpan dengan selamat.

ZFX memisahkan dana pelanggan daripada dana perniagaan dengan mendepositkan dana pelanggan ke dalam akaun bank yang berasingan daripada dana syarikat. Oleh sebab itu, pelanggan adalah satu-satunya individu yang boleh meluluskan pemindahan wang, dan tiada orang atau organisasi lain boleh menarik diri daripada akaun dagangan pelanggan selain daripada pelanggan itu sendiri. Maka, ZFX “menjamin keselamatan dana” kepada pelanggannya.

  • Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA) U.K.
  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles

Apa Yang Boleh Saya Dagangkan dengan ZFX?


Terdapat banyak instrumen yang tersedia apabila anda berdagang dengan ZFX. Harga dari segi spread dan komisen akan berbeza-beza serta bergantung kepada aset yang terlibat. Anda akan mendapat instrumen kewangan biasa termasuk forex, saham, Indeks, komoditi dan mata wang Kripto. Berikut ialah pecahan aset yang tersedia dalam perdagangan dengan ZFX;

Forex

ZFX menawarkan lebih daripada 33 pasangan mata wang untuk didagangkan tanpa caj komisen. Spread (harga bidaan/tanya) adalah sangat rendah untuk pasangan forex ZFX dan bergantung pada akaun yang anda pilih; ia boleh serendah 0.2 pips. Anda boleh berdagang kebanyakan pasangan utama, kecil dan eksotik termasuk EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD dan USD/CHF.

CFD Indeks

Anda boleh berdagang CFD Indeks seperti NAS100, HK50, US30 dan ChinaA50, bersama dengan indeks popular yang lain. ZFX agak berbeza daripada broker lain kerana ia mempunyai Halaman Maklumat Produk yang membezakan indeks kepada beberapa kategori;

  • Paling Banyak Didagangkan
  • Risers dan Fallers
  • Penggerak

Ini membolehkan anda mendapatkan pandangan penuh tentang indeks yang memberi kesan kepada pasaran.

Komoditi

Minyak mentah dan tembaga antara komoditi utama yang ditawarkan oleh ZFX. Anda juga mempunyai pilihan untuk berdagang Emas dan Perak bersama dengan komoditi popular lain seperti Tembaga dan Minyak. Selain itu, anda juga boleh membahagikan komoditi kepada tiga kategori yang dinyatakan di atas.

Saham

Anda boleh berdagang lebih daripada 35 CFD saham, termasuk syarikat cip biru yang disenaraikan di Bursa Saham A.S., dengan ZFX. Beberapa saham popular yang boleh anda dagangkan ialah AMZN, TESLA, dan BIDU. Seperti indeks, saham ini dibahagikan kepada tiga kategori.

  • Forex
  • Saham
  • Komoditi
  • Indeks
  • Emas

Bagaimana untuk Berdagang dengan ZFX?


Platform ZFX yang boleh dipercayai dan mudah digunakan membolehkan perdagangan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira anda pemula atau berpengalaman, trader harian, pelabur jangka panjang, atau institusi kewangan. ZFX mempunyai banyak ciri yang membolehkannya, daripada pendaftaran mudah kepada penggunaan platform MT4 atau aplikasi mudah alih.

Pemula akan berasa mudah untuk mendaftar kerana antara mukanya mesra pengguna, dan perdagangan menggunakan MT4 yang telah wujud selama hampir dua dekad. Mengenai MetaTrader 4 sebagai platform, ZFX menawarkannya untuk Windows, Mac dan Android.

Selain itu, pedagang yang mahukan pilihan mudah alih juga berpeluang menggunakannya. Selain aplikasi mudah alih MT4, ZFX menawarkan pengguna aplikasi dagangan milik mereka sendiri.

Bagi pelanggan yang tidak mahu belajar cara berdagang tetapi ingin melabur, ZFX menawarkan perkhidmatan akaun MAM. Perkhidmatan ZFX MAM ialah dana Pengurus Berbilang Akaun yang membolehkan pelabur mengumpulkan wang mereka bersama-sama sambil mempunyai pengurus wang berdagang dengan ekuiti mereka.

Perkhidmatan pengurusan wang MAM ini sesuai untuk dana lindung nilai dan pengurus wang. Pelabur menandatangani kontrak dengan pengurus akaun pilihan mereka. Mereka bersetuju dengan yuran prestasi, dan ZFX bertindak sebagai penjaga, memastikan kedua-dua pengurus dan pelanggan menerima yuran atau bayaran mereka.

Pedagang (yang ingin belajar dan benar-benar berdagang) berada dalam keadaan baik apabila menggunakan platform (MT4) dan tidak perlu risau tentang peranti yang mereka miliki kerana ZFX menawarkan platform berbilang peranti termasuk MetaTrader 4 Mobile (Android) , MetaTrader 4 Mac, MetaTrader 4 Windows.

Perlu diingatkan bahawa Apple telah mengalih keluar MT4 dan MT5 (MetaTrader 5) daripada App Store dan ia tidak tersedia untuk masa hadapan melainkan Apple menukar keputusannya.

Aplikasi mudah alih ZFX juga tersedia untuk pelanggan dengan ciri yang padat, persekitaran dagangan yang maju, inovatif dan lebih bersepadu daripada mudah alih MT4. Reka bentuknya yang lebih mudah, ringkas dan mesra pengguna membolehkan dagangan dilakukan dengan mudah di mana-mana, pada bila-bila masa.

Terdapat juga faedah tambahan seperti pandangan pasaran dan berita yang membolehkan anda mengetahui lebih mendalam pasaran dan juga menguji strategi anda. Aplikasi ini adalah pilihan tepat bagi anda yang baru berdagang dan tidak meminati MetaTrader 4.

ZFX turut menawarkan Copy Trading. Platform Copy Trading ZFX membolehkan pedagang menyalin dagangan platform yang berprestasi tinggi. Anda boleh mengikuti dan menilai pedagang dengan pulangan tinggi menerusi beberapa klik. Jika anda baru berdagang dan masih mencari langkah tetapi mempunyai modal untuk melabur, ini mungkin pilihan sehingga anda mengasah kemahiran.

  • MT4 (Windows, Mac, Android)
  • Aplikasi Dagangan Mudah Alih ZFX
  • Copy Trading
  • Perkhidmatan MAM

Bagaimana Cara Saya Membuka Akaun ZFX? Tutorial Mudah


Pembukaan akaun dengan ZFX sangat mudah berbanding broker lain. Namun sebelum membuka akaun, anda perlu memilih jenis akaun yang ingin dibuka berdasarkan aset boleh niaga yang tersedia. Setiap akaun dagangan ZFX mempunyai jenis dan spesifikasi kontrak yang berbeza.

Selain itu, anda perlu memahami bahawa jenis akaun akan berbeza-beza bergantung kepada wilayah anda.

Selepas jenis akaun yang ingin dibuka (Mini, Standard STP, atau ECN) sudah diputuskan, anda hanya perlu pergi ke halaman utama dan klik pada butang “Buka Akaun”.

Anda akan dibawa ke halaman lain di mana anda akan mengisi butiran berikut;

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Kata laluan

Selepas itu, anda akan melalui beberapa langkah yang akan membawa anda melalui proses pendaftaran dari segi;

  • Menambah maklumat peribadi (bukti identiti, dan sebagainya)
  • Deposit dana
  • Berdagang

Perlu diingatkan juga bahawa tiada bayaran diperlukan apabila anda membuka akaun dagangan ZFX, tetapi ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di bawah bahagian “Jenis Akaun ZFX”.

  • Pergi ke halaman utama ZFX
  • Klik pada butang "Buka akaun" yang terletak di bahagian atas skrin
  • Ikut arahan dan isi maklumat anda, termasuk nama, nombor telefon, alamat emel dan kata laluan anda
  • Ikuti langkah tambahan yang membolehkan anda menambah maklumat peribadi anda dan mendeposit dana

Carta dan Analisis ZFX


ZFX menggunakan Metatrader 4 sebagai standard utama mereka sebagai platform yang membolehkan pelanggan berdagang. MT4, asasnya, membenarkan pengguna untuk berdagang semua aset tersedia yang ditawarkan ZFX. Jika anda belum tahu, ciri platform ini sangat luas dan teguh sehingga ia telah menjadi standard industri sejak dikeluarkan pada tahun 2005 oleh MetaQuotes.

MT4 membenarkan robot dagangan lanjutan, operasi dagangan, pelaksanaan perdagangan tiga jenis, akses kepada komuniti MQL (yang memberi anda akses kepada lebih banyak lagi ciri), dan penunjuk teknikal yang membolehkan analisis teknikal pasaran kewangan (aset). Beberapa petunjuk teknikal yang ditawarkan oleh MT4 dan yang akan hadir dalam versi ZFX ialah;

  • Penunjuk purata bergerak
  • Penunjuk RSI
  • Penunjuk jalur Bollinger
  • Penunjuk alat Fibonacci
  • Penunjuk julat benar purata
  • Penunjuk volum pada baki
  • Penunjuk MACD

Terdapat banyak ciri dari segi carta dan “analisis” yang ZFX boleh membantu pedagang, dan ini bukan sahaja datang daripada MT4.

Contohnya, Akademi A-to-Z. Pedagang dari semua peringkat boleh mencari maklumat, analisis, ramalan, tutorial, panduan dan banyak lagi berdasarkan pasaran, dan banyak lagi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pedagang (pemula hingga profesional). Akademi A-To-Z merangkumi segala-galanya daripada asas kepada strategi lanjutan dan dianjurkan mengikut kelas aset. Berazam untuk membantu pedagang baharu, Akademi A-To-Z juga mempunyai Panduan Bantuan dan Glosari untuk mereka yang memerlukan bantuan. Pedagang juga boleh mencari berita dan cerapan pasaran dengan menggunakan aplikasi dagangan mudah alih.

ZFX turut menawarkan pedagang cerapan berharga ke dalam pasaran melalui Berita Pasaran, Tinjauan Pasaran dan Kalendar Ekonomi mereka. Anda akan sukar untuk mencari berita mengenai pasaran kewangan yang tidak dibincangkan secara terperinci di sini.

Ciri Platform ZFX  MT4 (Windows, Mac, Android) Aplikasi Dagangan Mudah Alih ZFX 
Dagangan Satu Klik Atau Satu Sentuh Ya Ya
Carta Dagangan Terus Ya Ya
Makluman Emel atau Notifikasi Tolakan Ya Ya
Makluman Mudah Alih Ya Ya
Pesanan Henti Ya Ya
Pesanan Pasaran Ya Ya
Pesanan Jejak Henti  Ya Tiada
Pesanan OCO (Pembatalan Satu – Yang Lain) Ya Tiada
Had Pesanan Ya Ya
Dagangan 24 jam Tiada Tiada
Pakej Carta Ya Tiada
Penstriman Suapan Berita Ya Ya

 

  • Penunjuk teknikal MT4: Penunjuk purata bergerak, Penunjuk RSI, Penunjuk jalur Bollinger, Penunjuk alat Fibonacci, Penunjuk julat benar purata, Penunjuk volum pada baki, Penunjuk MACD.
  • Carta MT4: 99 carta boleh dibuka dalam satu terminal secara serentak
  • Berita Pasaran
  • Tinjauan Pasaran
  • Kalendar Ekonomi
  • Ciri Aplikasi Dagangan Mudah Alih: Pandangan Pasaran

ZFX Jenis Akaun


ZFX menawarkan lima jenis akaun yang dibahagikan kepada 2 kategori. Anda boleh memilih satu daripada akaun bergantung pada wilayah anda (rujuk jadual di bawah). Pertimbangkan perjalanan perdagangan dan jumlah modal yang anda ada.

Sekiranya anda berada di rantau yang membolehkan anda memilih antara akaun Mini (Cent), Standard (STP) atau ECN, anda perlu memahami aset yang tersedia untuk berdagang akan dihadkan bergantung pada akaun.

Sebagai contoh, Akaun Mini (Cent) mempunyai bilangan Indeks dan Saham yang terhad untuk dipilih, manakala Akaun Standard dan ECN mempunyai kumpulan yang lebih besar untuk diambil.

Tiada bayaran yang diperlukan untuk membuka akaun dengan ZFX. Ini termasuk akaun Cent, STP (Standard) dan ECN. Namun, akan ada deposit minimum awal bergantung pada akaun yang ingin dibuka. Deposit minimum untuk akaun ialah;

  • Akaun Cents: $50
  • Akaun Standard STP: $200
  • Akaun ECN: $1,000

Jenis akaun ZFX bergantung kepada wilayah tertentu

Tawaran Broker Bukan Penasihat/Pelaksana: Akaun Dagangan Cent  Akaun Dagangan Standard STP  Akaun Dagangan ECN
Ciri-ciri Deposit rendah dari $50 Akaun Straight-Through-Processing, 30 Pesanan Tunggal Maksimum (Lot Standard) Spread Terendah Ditawarkan oleh ZFX, Baik Untuk Pedagang Jangka Pendek, Tempoh Dagangan Lanjutan, Lebih Fleksibiliti
Mata Wang Akaun Sen USD USD
Leverage Yang Tersedia Sehingga 1:2000 Sehingga 1:500 Sehingga 1:500
Deposit Minimum $50 $200 $1,000
Komisen Setiap Perdagangan Tiada Komisen Pembrokeran Tetap Tiada Komisen Pembrokeran Tetap Komisen Mungkin Terpakai Pada Beberapa Aset
Harga Titik Perpuluhan Sehingga 5 Sehingga 5 Sehingga 5
Instrumen Perdagangan Forex, Indeks, Komoditi, Emas, Saham Forex, Indeks, Komoditi, Emas, Saham Forex, Indeks, Komoditi, Emas, Saham
Min. Saiz Lot Setiap Dagangan 0.01 0.01 0.01
Maks. Saiz Lot Setiap Dagangan 100 (Pesanan Tunggal) 30 (Pesanan Tunggal) 50 (Pesanan Tunggal)
Spread Dari 1.5 pip Dari 1.3 pip Dari 0.2 pip
Akaun Demo  Ya Ya Ya
Bebas Swap/Rollover Ya Ya Ya
Hedging Ya Ya Ya
Scalping Ya Ya Ya
Sokongan Copy Trading  Ya Ya Ya
Tersedia untuk Penduduk A.S Tidak Tidak Tidak

Tawaran Broker Bukan Penasihat/Pelaksana: Akaun Dagangan Pro Akaun Dagangan Premier 
Ciri Deposit rendah dari $50 Akaun Straight-Through-Processing, 30 Pesanan Tunggal Maksimum (Lot Standard)
Mata Wang Akaun USD USD
Leverage Yang Tersedia Sehingga 1:400 Sehingga 1:400
Deposit Minimum $50 $1,000
Komisen Setiap Perdagangan Tiada Komisen Pembrokeran Tetap Tiada Komisen Pembrokeran Tetap
Harga Titik Perpuluhan Sehingga 5 Sehingga 5
Instrumen Perdagangan Forex, Indeks, Komoditi, Emas, Saham Forex, Indeks, Komoditi, Emas, Saham
Min. Saiz Lot Setiap Dagangan 0.01 0.01
Maks. Saiz Lot Setiap Dagangan 30 (Pesanan Tunggal) 50 (Pesanan Tunggal)
Spread Dari 1.3 pip Dari 0.2 pip
Akaun Demo Ya  Ya
Bebas Swap/Rollover Ya  Ya
Hedging Ya  Ya
Scalping Ya  Ya
Sokongan Copy Trading Ya  Ya
Tersedia untuk Penduduk A.S Tidak Tidak

  • Akaun Dagangan Mini (Cent)
  • Akaun Dagangan Standard (STP)
  • Akaun Dagangan ECN
  • Akaun Dagangan Pro
  • Akaun Dagangan Premier

Adakah saya Mempunyai Perlindungan Baki Negatif dengan Broker Ini?


Dikawal selia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA), ZFX menawarkan perlindungan baki negatif kepada pelanggannya serta memegang dana mereka secara berasingan.

Entiti yang dikawal selia FCA menyediakan skim pampasan sehingga £85,000. Pengawal selia FSA tidak menawarkan skim pampasan, jadi peniaga yang membuka akaun dengan entiti dikawal FSA kurang dilindungi.

Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan entiti dagangan semasa mendaftar dengan ZFX.

  • Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA) menyediakan skim pampasan sehingga £85,000
  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) tidak menawarkan skim pampasan

Deposit dan Pengeluaran ZFX


Deposit dan pengeluaran dana sangat mudah di ZFX. Terdapat banyak kaedah pembayaran tersedia, daripada Skrill dan Neteller kepada Pindahan Bank dan Kad Kredit. Jika anda tidak pasti cara membiayai atau pengeluaran dana daripada akaun anda, prosesnya agak mudah, dan anda boleh mendapatkan jawapannya dalam Soalan Lazim – Pembiayaan dan Pengeluaran Akaun.

Anda hanya perlu log masuk ke akaun “MyZFX” anda (akses boleh didapati di halaman utama ZFX), klik pada pilihan yang sesuai, dan ikut arahan.

  • Neteller
  • Skrill
  • Perfect Money
  • Pindahan Bank Antarabangsa
  • Pindahan Bank Tempatan,
  • Kad Kredit/Debit (Visa/Mastercard)

Perkhidmatan Sokongan untuk Pelanggan


Perkhidmatan sokongan pelanggan ZFX boleh dipercayai dan teguh kerana keupayaannya sebagai entiti bersifat global yang membolehkan pedagang dari seluruh dunia untuk berdagang dengan lancar.

Menerusi sokongan bahasa yang pelbagai, ZFX dapat membantu pelanggan dari Eropah dan Asia secara amnya. Selain itu, khidmat pelanggan dilakukan secara dalaman tanpa mendapatkan bantuan luar. Ini membuktikan kredibiliti, pengetahuan dan keupayaan mereka untuk membantu pelanggan menyelesaikan isu dengan cepat.

Malah, perkhidmatan sembang langsung dalam talian mereka tersedia 24/7. Berdasarkan pengalaman kami, respon kepada emel dibuat tidak lebih daripada 48 jam. ZFX akan membalas segala pertanyaan dalam masa 24 jam dari hari perniagaan.

ZFX turut menawarkan pelbagai bahan yang boleh dirujuk oleh pelanggan untuk menjadikan perjalanan dagangan mereka lebih mudah.

Pusat Bantuan menawarkan peluang kepada bakal pelanggan dan pengguna semasa untuk mencari jawapan kepada soalan sukar yang mungkin ada.

Dalam pada itu, ZFX mempunyai bahagian Glosari yang menawarkan takrifan untuk berpuluh-puluh istilah kewangan yang digunakan oleh semua jenis trader setiap hari.

Ramai pengguna dan laman semakan bertegas untuk memberikan ulasan terbaik buat ZFX. Sebagai contoh, WikiFX memberi mereka penarafan 7.7 bintang daripada 10 dengan “A.A.” (A berganda) markah dalam kelajuan transaksi, kos transaksi, kos rollover dan slippage dagangan.

FXEmpire pula memberikan penarafan 4 daripada 5 bintang, membincangkan semua aspek penting seperti deposit dan pengeluaran, jenis akaun, instrumen dagangan, aplikasi mudah alih dan banyak lagi.

Ulasan pelanggan yang disiarkan di TradersUnion antara ulasan terperinci yang boleh diberi perhatian. Ia mengulas tentang cara ZFX menawarkan terma dan syarat yang hebat, selamat dan stabil, dan ZFX disyorkan untuk dagangan harian.

Kesimpulannya, penilaian ini memaparkan pelanggan secara amnya cenderung untuk bersikap positif apabila ia berkaitan dengan broker dalam talian ini, walaupun setiap pengalaman berbeza.

Sokongan Pelanggan ZFX Rumusan
Sokongan Bahasa Inggeris, Cina, Sepanyol, Portugis, Turki, Arab, Indonesia, Vietnam
Khidmat Pelanggan Oleh ZFX
Waktu Khidmat Pelanggan  24/7
Masa Respon Emel  Dalam masa 48 jam
Sokongan Telefon Tiada
Pengurus Akaun Peribadi  Ada (Perkhidmatan MAM)

  • Sembang Langsung melalui laman web ZFX
  • Sokongan emel
  • Soalan Lazim

Negara Yang Ditegah: Di Mana Saya Tidak Boleh Berdagang dengan Broker ini?


Perlu diingatkan bahawa ZFX tidak menerima pelanggan dari negara tertentu. Warganegara atau pemastautin Amerika tidak diterima sama sekali sebagai pelanggan kerana tertakluk kepada peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) Amerika.

  • Warganegara atau pemastautin Amerika

Tawaran Istimewa untuk Pelanggan


Antara kelemahan yang kami dapati pada ZFX ialah kurangnya tawaran istimewa untuk pelanggan. Tidak seperti broker lain yang menawarkan beberapa promosi atau bonus. Sebagai contoh, OANDA menawarkan bonus deposit permulaan. Walau bagaimanapun, mereka kadangkala menjalankan peraduan untuk pelanggan baharu dan sedia ada.

Biarpun ZFX tidak menawarkan bonus pendaftaran seperti broker lain, ZFX kerap mengadakan pertandingan untuk pelanggan yang mendaftar dan berdagang, memberikan bonus tunai, hadiah, dan juga giveaway hujung minggu. Jadi, walaupun ZFX mungkin tidak menawarkan bonus pendaftaran, mereka terus menawarkan pertandingan kepada pelanggan dan hadiah hebat untuk bersama mereka.

Perlu diingatkan bahawa terdapat pendaftaran dan tempoh perdagangan khusus untuk pertandingan ini, jadi anda perlu mengikutinya.

  • Peraduan Top Trader

Kesimpulan Ulasan ZFX: Broker Bereputasi dengan Platform yang Mudah digunakan


Pedagang pemula tidak perlu risau dan boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan kerana ZFX menawarkan pelbagai jenis sokongan dalam bentuk Pusat Bantuan, Bahagian Glosari, Sokongan Pelanggan dan Akademi A-To-Z.

PIPPENGUIN

ZFX ialah broker yang mengutamakan pelanggan, menawarkan pelbagai pilihan akaun yang sesuai dengan kedua-dua pedagang pemula dan pelabur profesional (termasuk institusi kewangan). Tumpuan mereka adalah pada pasaran Eropah dan Asia yang menawarkan pilihan untuk memindahkan dana dalam banyak mata wang tempatan.

Pedagang pemula tidak perlu risau dan boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan kerana ZFX menawarkan pelbagai jenis sokongan dalam bentuk Pusat Bantuan, Bahagian Glosari, Sokongan Pelanggan dan Akademi A-To-Z.

FCA dianggap sebagai pengawal selia Tahap 1, yang bermaksud bahawa ZFX adalah selamat. Disebabkan halangan rendah untuk kemasukan dari segi pendaftaran mudah dan deposit minimum yang rendah, bersama dengan pelbagai aset yang ZFX tawarkan (lebih 100), mereka adalah broker yang berpotensi besar untuk pedagang yang mencari lebih banyak pilihan untuk indeks dan CFD komoditi.

Kesimpulannya, jika anda seorang pemula atau peniaga runcit profesional, ZFX menawarkan banyak faedah yang boleh mendorong dagangan anda, sama ada akaun tersuai, spread rendah tanpa komisen, deposit rendah, bahan pendidikan, sokongan pelanggan yang baik dan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Ringkasan dan Ulasan Utama


Kesimpulannya, ZFX ialah broker yang boleh dipercayai dan secara relatifnya masih baru yang membolehkan pelanggannya berdagang banyak aset berbeza sambil memilih akaun untuk memenuhi keperluan mereka. Perlindungan baki negatif disertakan kepada pelanggan berdaftar dengan entiti yang dikawal oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA), dan platform yang digunakan untuk berdagang adalah standard industri. ZFX juga mempunyai aplikasi dagangan mudah alih sendiri yang bagus untuk berdagang di mana-mana dan bila-bila masa yang anda mahu.

ZFX menawarkan perkhidmatan terbaik dari segi pendidikan, sokongan pelanggan, MAM dan aplikasi dagangan mudah alih.

  • Broker NDD, STP, and ECN
  • Dikawal selia oleh FCA dan FSA
  • Jutaan bahan pendidikan termasuk Akademi A-To-Z, Glosari dan Soalan Lazim
  • Sokongan pelanggan yang baik
  • 100+ aset untuk didagangkan

Soalan Lazim


Di manakah ibu pejabat ZFX?

Ibu pejabat ZFX berada di U.K dan pejabat operasi berada di seluruh dunia, termasuk Taipei, Bangkok, Ho Chi Minh City, Jakarta dan Abu Dhabi.

Selain itu, ZFX menyediakan perkhidmatan melalui dua entiti;

  • Zeal Capital Market (U.K.) Limited
  • Zeal Capital Market (Seychelles) Limited.

Adakah ZFX selamat dan boleh dipercayai?

Pelanggan yang berpangkalan di U.K. akan mendapat manfaat daripada kawalan FCA yang dianggap sebagai pengawal selia Tahap 1. Pedagang lain akan berdagang di bawah entiti yang berpangkalan di Seychelles, yang dianggap sebagai pengawal selia Tahap 3. Oleh itu, mereka dianggap selamat dan boleh dipercayai.

Adakah ZFX broker terbaik untuk pemula?

ZFX menawarkan pelbagai alat dan sumber pendidikan yang sesuai untuk pedagang pemula dalam membantu mereka mempelajari semua aspek perdagangan. Ini termasuklah sembang langsung dalam talian, sokongan pelanggan, Akademi A-To-Z, Pusat Bantuan dan bahagian Glosari.

Berapakah deposit minimum bagi akaun ZFX?

Deposit minimum bagi akaun Cent ialah $50, manakala akaun STP standard ialah $200. Akaun ECN mempunyai deposit minimum yang besar sebanyak $1,000 tetapi faedah spread yang lebih ketat sangat menarik.

Berapakah leverage maksimum pada akaun ZFX?

Polisi yang disediakan ZFX membolehkan anda berdagang dengan leverage sehingga 1:2000. Namun, ini bergantung kepada ekuiti dagangan anda.

Bagaimanakah proses pengeluaran di ZFX?

Selagi akaun anda lulus proses pengesahan, anda boleh menyerahkan permintaan pengeluaran pada bila-bila masa. Permohonan akan diproses pada hari bekerja (atau seterusnya jika anda meminta pengeluaran pada masa di luar waktu hari bekerja). Setelah semakan berjaya, pemindahan pengeluaran akan dilakukan dalam masa 24 jam dari hari bekerja.

Apakah pengesahan yang diperlukan untuk mengeluarkan wang?

Di ZFX, anda memerlukan Kad ID kebangsaan atau lesen memandu atau pasport. Anda juga memerlukan maklumat akaun bank (halaman pertama buku akaun bank anda).

Sila pastikan bahawa nombor akaun yang diberikan mempunyai maklumat anda sebagai pemegang dan nombor akaun mesti sepadan dengan pendaftaran anda.

Bolehkah E.A.s digunakan di ZFX?

Platform ZFX menyokong Penasihat Pakar, jadi anda boleh menggunakannya.

User Reviews

0.0 out of 5
0
0
0
0
0
Write a review

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ulasan Broker ZFX 2024 – Adakah Ia Sah atau Penipuan?”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ulasan Broker ZFX 2024 – Adakah Ia Sah atau Penipuan?
Ulasan Broker ZFX 2024 – Adakah Ia Sah atau Penipuan?
PIP Penguin
Logo